Info Bersama



TIP PENJAGAAN KOMPUTER
Anda tidak disyorkan menggunakan komputer dalam tempoh masa yang lama sekiranya suhu persekitaran tinggi. Ini kerana komponen kcetak dengan
      penutup plastik atau kain sekiranya ia tidak akan
      digunakan agak lama.
Komputer harus diletakkan di tempat yang sesuai, bebas dari kepanasan, kelembapan dan habuk.
Elakkan makan dan minum semasa bekerja dengan komputer bagi mengelakkan sebarang tumpahan yang boleh merosakkan komponen-komponen komputer
Jangan gunakan komputer semasa ribut petir
Jangan letakkan sebarang peralatan di atas monitor kerana ia akan menghalang pengudaraan yang baik
Jangan sentuh skrin monitor dengan jari
Selepas komputer dihidupkan, tunggu sehingga komputer menghabiskan prosesnya sebelum anda meneruskan dengan arahan yang lain
Tutup komputer dengan sempurna (Shut Down) setelah selesai bekerja dengan komputer


GARIS PANDUAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER





BERHATI-HATI APABILA GUNAKAN MP3
  • memang menjadi satu fenomena biasa pada hari ini apabila melihat mereka memakai fon telinga mereka.
  • gaya hidup menular dalam kalangan remaja sejak tahun 1990-an
  • kebanyakannya mereka mendengar lagu MP3 menerusi telefon bimbit,ipod, komputer ,PDA, USB, walman dan sebagainya.
  • kebanyakan penngemar MP3 mengkin mengetahui kesan bahawa mendengar muzik dengan bunyi yang kuat akan merosakkan pendengaran.

MENURUT KAJIAN BRITISH:
39% remaja berumur 18-24 tahun mendengar muzik sekurang-kurangnya satu jam sehari sehinnga 105 disibel. Dengan ini, mereka telah mendedahkan telinga mereka pada satu tahap bunyi bising dan kadaran betulnya adalah tidak melebihi 25 minit setiap minggu. Para pembeli seharusnya mengetahui paras bunyi disibel pada peralatan MP3 tersebut sebelum membeli dan kadar pendengaran normal adalah 0-20 desibel.


TIP PENGGUNAAN MP3

Langkah 1: Rendahkan bunyi muzik MP3
Mulakan dengan merendahkan bunyi muzik pada tahap 10 ke tahap 9 atau 8. Sekiranya anda telah dapat menerima tahap bunyi ini, cuba rendahkan kepada tahap seterusnya. Mungkin pada awalnya agak sukar tetaspi ia adalah tidak mustahil

Langkah 2 : kurangkan masa dedahan dan frekuensi
Setelah anda rendahkan bunyi, latih telinga anda untuk berehat setiap 10- 15 minit. Nikmati bunyi disekeliling anda berada dalam kesesakan atau sedang berjogging. Seterusnya anda boleh mengurangkan masa menggunakan fon telinga, contohnya sebelum ini anda menggunakannya selama 1jam sehari dan mengurangkannya kepada 30 minit sehari. Jika anda telah selesa pada tahap itu, cuba kurangkan kekerapan mendengar MP3 kepada beberapa hari.

Langkah 3 : Membuat ujian pendengaran secara berkala
Jadilah langkanh ini sebagai satu kebiasaan dan lakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda harus mengambil tanggungjawab untuk menjaga kesihatan telinga anda bagi menghalang kesan-kesan negatif yang boleh mempengaruhi kehilangan pendengaran.

* Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA )








PENJAGAAN MONITOR
Guna tisu atau kain lembap, lap habuk atau debu dan kesan-kesan jari di permukaan skrin dan badan monitor.
Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD.
Vakum lubang udara dengan dibantu berus kecil.
Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ke tahap sederhana.
Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal.
Jarakkan monitor dan dinding sejauh 20 cm untuk laluan udara.