Sunday 22 July 2012

Sehari Mengenang Seniman P.Ramlee


Dah lama rasanya tak update blog PJk ni..sangat bz dengan training n tuisyen yg dijalankan di PJK..arini 3 Ramadan nk post byk2 story utk our blog.. the 1st story is about Sehari Mengenang P.Ramlee..
Alkisahnya kami terbaca iklan yg diletakkan di laman web Broadband Utara iaitu Pertandingan Mencipta Video P.Ramlee Pujaanku..kami tgk iklan pun dh last minit..lg 2 ari kot nk due date nya..tp nk try jg..mana tau ada rezeki.so kami pun nk try la jg..puas jg la cri idea..bila dpt idea nk buat lakonan x menjadi..haha..mmg susah nk tiru gya P.Ramlee yg sgt unik tu..So last2 buat karaoke je..pelakonnya,kami amik anak angkat PJk..Di bawah ni sedikit aritikel mengenai hari tersebut. 
Sumber Desaku

Program Sehari Mengenang P.Ramlee telah diadakan pada 22 Mac 2012, sempena tarikh kelahiran seniman agung tersebut. Ianya diadakan di Audotorium P.Ramlee, Kompleks Pustaka Warisan Seni, Pulau Pinang. 


Program ini adalah anjuran bersama Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM). 



Program ini bertujuan untuk memperingati jasa dan sumbangan P.Ramlee dalam bidang nyanyian dan lakonan di samping untuk mendekatkan masyarakat dengan tokoh seniman yang banyak berjasa kepada negara dan mempromosikan Arkib Negara Malaysia sebagai sebuah penyelidikan yang unggul.


Kedua2 penyelia PJK G.Bongsu 1st Time jejak kaki ke Rumah P.ramlee..sgt teruja..


Bergambar untuk kenangan..Tema kami:Merah..
Dalam Dewan..
Gembira bila video kami ditayangkan di Dewan untuk tontonan ramai..



Antara program yang diadakan pada hari tersebut ialahPertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika 4-6 tahun dan Pertandingan Kuiz. Persembahan Kebudayaan juga turut dipersembahkan kepada tetamu. Program ini dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Sr. Muahamd farid Bin Saad (PJK), ADUN Pulau Betong. 



Acara kemuncak program ialah upacara penyampaian hadiah kepada Pemenang Video P.Ramlee Pujaanku@Youtube. Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Gunung Bongsu turut menerima hadiah 3 terbaik antara peserta pertandingan video tersebut.



Inilah Videonya...Jom Nyanyi bersama2..
Video mmg simple sgt sbb 1st time kot wat video..hehe.
Next time buat yg lebih baik..

No comments:

Post a Comment