Thursday 19 January 2012

Sukaneka Bersama PJK Meriah..



Pada 22 Dec 2011 bertempat di perkarangan Dewan Peneroka Felda Gunung Bongsu, satu acara Sukaneka anjuran Pusat jalur Lebar Felda Gunung Bongsu telah diadakan dengan meriahnya. Bertemakan “Syoknyaaa..Cuti Bersama PJK” bersempena cuti sekolah, acara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk Felda Gunung Bongu.
Pertandingan adalah antara blok. Seramai 90 orang peserta yang terdiri dari golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa telah turut serta dalam acara ini. Apa yang menariknya ramai ibu-ibu yang turut serta memeriahkan acara bersama anak-anak mereka. Acara Sukaneka dimulakan seawal 8.00 pagi dengan senaman erobik yang dikelolakan oleh Gabungan Pertubuhan Wanita(GPW) dan seterusnya acara sukaneka,jamuan dan penyampaian hadiah.Antara acara sukaneka yang dijalankan adalah keretapi kami, Kanda adinda, Let’s Fashion, Telur Bungkus, lambungan Kasih, dan Lidi oh Lidi. Juara untuk sukaneka dimenangi oleh Blok 5, tempat kedua Blok 8 dan tempat Ketiga dimenangi Blok 9. 

Walaupun ada blok-blok lain yang tidak menang tetapi semangat kerjasama antara ahli kumpulan sangat menonjol dan semua peserta gembira walaupun letih. Dengan sambutan yang ditunjukkan oleh semua penduduk Felda Gunung Bongsu,jelas menunjukkan silaturahim komuniti bersama PJK Felda Gunung Bongsu semakin erat dan pastinya pihak PJK akan menganjurkan lebih banyak program menarik pada masa mendatang.