Friday 11 November 2011

Pusat Jalur lebar Komuniti Felda Gunung Bongsu.

 Adakah Anda Seorang USAHAWAN???
Walaupun keusahawanan bukan untuk semua insan, tetapi anda mungkin memilih bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya, memulakan sebuah perniagaan dan seterusnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Willian E. Jennings, (“A Profile of the Entrepreneur”) telah menjalankan kajian mengenai sikap yang berkaitan dengan usahawan yang menyenaraikan sifat-sifat penting yang dimiliki oleh usahawan iaitu:
  • Sabar
  • Sanggup menghadapi cabaran
  • Sedia bersaing
  • Berdikari
  • Kesungguhan untuk mencapai matlamat
  • Yakin pada diri sendiri
  • Sihat
Usahawan hari ini lebih menyeronokkan, khususnya untuk orang-orang yang inginkan pertandingan dan pencapaian berbanding dengan wang dan kuasa.
Adakah anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan? Tanya diri anda soalan-soalan berikut: 

  1.  Adakah anda sanggup bekerja keras dan sacrifice untuk mempastikan perniagaan yang anda bangunkan berjaya?
  2.  Adakah anda sanggup bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan dan tanggungjawab berkaitan dengan urusan perniagaan?
  3.  Adakah anda berfikiran terbuka, berdisiplin dan komited terhadap keusahawanan?
  4.  Adakah anda bersedia menjadi pekerja “multi-roles” iaitu anda adalah pekerja dan anda juga adalah ketua dalam organisasi anda?
Bagaimana Memulakannya
Pertama anda harus mempunyai idea atau bidang yang akan anda ceburi. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat berhubung dengan idea anda itu. Jalankan penyelidikan berkaitan perkhidmatan, produk atau industri yang berkenaan, cara menghasilkan produk, persaingan dan halangan yang mungkin timbul. Dapatkan nasihat dari usahawan yang telah menceburi bidang tersebut. Baca jurnal, majalah, buku dan penerbitan berkaitan. Hadiri perjumpaan dengan persatuan atau pelanggan industri tersebut. Anda harus memiliki maklumat terkini dengan bidang yang dipilih ini.
Sediakan pelan perniagaan yang lengkap. Sediakan matlamat untuk perniagaan anda tersebut. Pelan perniagaan yang baik membolehkan anda memberi fokus dalam membangun kejayaan.
Mulakan jalinan hubungan atau “networking” sebaik sahaja anda memulakan perniagaan. Jadilah ahli dalam persatuan professional. Ingat, jalinan hubungan yang berkesan akan membentuk persahabatan yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
Pelajarilah cara mendapatkan pembiayaan – dari kawan, keluarga, pinjaman bank, atau dana-dana Kerajaan. Anda harus mengetahui jumlah yang anda ada, jumlah yang anda ingin pohon untuk menggerakkan perniagaan anda dan jumlah yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.
Tenaga pekerja adalah aset penting untuk berjaya. Anda hanya perlu menggaji pekerja yang anda fikirkan perlu sahaja. Jika anda tiada mempunyai masa untuk menyedia kira-kira syarikat, gajilah seorang akauntan. Dapatkan seorang pembantu untuk membuat kerja-kerja pengkeranian. Dengan ini anda akan mempunyai lebih masa untuk menumpukan kepada mengembangkan perniagaan.
Memulakan perniagaan perlu keyakinan dan mengambil masa. Anda perlu pandai mengagihkan masa untuk kawan, keluarga dan bergembira. Anda harus pandai mengenal batas-batas dunia perniagaan dan dunia peribadi.
Keusahawanan bukan untuk orang-orang yang mudah kecewa. Tiada formula azimat. Tetapi kepada yang sanggup bekerja kuat dan sanggup mencuba, mimpi anda akan menjadi kenyataan.

Cuti Sekolah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
 

Manfaat kan Cuti Sekolah anda dengan perkara-perkara yang berfaedah..
Jom ramai-ramai ke PJK anda kerana pelbagai Program akan Disediakan sempena Cuti sekolah ini..

Selamat Menghadapi Peperiksaan Kepada Adik-adik yang menduduki SPM..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Good Luck kepada adik-adik yang menduduki SPM pada tahun ini, buat yang TERBAIK semasa Peperiksaan Nanti..

Sunday 30 October 2011

http dan https ... Apa BezaNYA ????


http ( Hyper Transport Protocol ) adalah salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien ( web browser di komputer )

Hanya huruf S sahaja membezakan HTTP dan HTTPS .. S adalah singkatan daripada SECURE . jika anda mengunjungi laman web, lihatlah alamat di web browser,

 http:// - ini bermakna website ini menggunakan pelayar biasa dan tidak selamat , ada kemungkinan ada seseorang mungkin dapat melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut. Jadi, anda tidak digalakkan untuk TIDAK memasukkan nombor kad kredit dan segala maklumat peribadi anda di laman tersebut.

https:// - ini bermakna pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman kod yang selamat dan tiada sesiapa dapat melihat maklumat yang anda masukkan di halaman itu.

perhatian:
jika sebuah laman web meminta anda memasukkan no kredit kad anda, ataupun segala maklumat rahsia anda, periksa dahulu samaada alamat web tersebut dan PASTIKAN ianya bermula dengan https://

SENTIASA INGAT BAHAWA SEGALA MAKLUMAT ANDA ADALAH RAHSIA..