Adakah Anda Seorang USAHAWAN???
Walaupun
 keusahawanan bukan untuk semua insan, tetapi anda mungkin memilih 
bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya, memulakan sebuah perniagaan 
dan seterusnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Willian
 E. Jennings, (“A Profile of the Entrepreneur”) telah menjalankan kajian
 mengenai sikap yang berkaitan dengan usahawan yang menyenaraikan 
sifat-sifat penting yang dimiliki oleh usahawan iaitu:
- 
      Sabar
- 
      Sanggup menghadapi cabaran
- 
      Sedia bersaing
- 
      Berdikari
- 
      Kesungguhan untuk mencapai matlamat
- 
      Yakin pada diri sendiri
- 
      Sihat
Usahawan
 hari ini lebih menyeronokkan, khususnya untuk orang-orang yang inginkan
 pertandingan dan pencapaian berbanding dengan wang dan kuasa.
Adakah anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan? Tanya diri anda soalan-soalan berikut: 
- 
      Adakah anda sanggup bekerja keras dan sacrifice untuk mempastikan perniagaan yang anda bangunkan berjaya?
- 
      Adakah anda sanggup bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan dan tanggungjawab berkaitan dengan urusan perniagaan?
- 
      Adakah anda berfikiran terbuka, berdisiplin dan komited terhadap keusahawanan?
- 
      Adakah anda bersedia menjadi pekerja “multi-roles” iaitu anda adalah pekerja dan anda juga adalah ketua dalam organisasi anda?
Bagaimana Memulakannya
Pertama
 anda harus mempunyai idea atau bidang yang akan anda ceburi. Kumpulkan 
sebanyak mungkin maklumat berhubung dengan idea anda itu. Jalankan 
penyelidikan berkaitan perkhidmatan, produk atau industri yang 
berkenaan, cara menghasilkan produk, persaingan dan halangan yang 
mungkin timbul. Dapatkan nasihat dari usahawan yang telah menceburi 
bidang tersebut. Baca jurnal, majalah, buku dan penerbitan berkaitan. 
Hadiri perjumpaan dengan persatuan atau pelanggan industri tersebut. 
Anda harus memiliki maklumat terkini dengan bidang yang dipilih ini.
Sediakan
 pelan perniagaan yang lengkap. Sediakan matlamat untuk perniagaan anda 
tersebut. Pelan perniagaan yang baik membolehkan anda memberi fokus 
dalam membangun kejayaan.
Mulakan
 jalinan hubungan atau “networking” sebaik sahaja anda memulakan 
perniagaan. Jadilah ahli dalam persatuan professional. Ingat, jalinan 
hubungan yang berkesan akan membentuk persahabatan yang akan memberi 
faedah kepada kedua-dua pihak.
Pelajarilah
 cara mendapatkan pembiayaan – dari kawan, keluarga, pinjaman bank, atau
 dana-dana Kerajaan. Anda harus mengetahui jumlah yang anda ada, jumlah 
yang anda ingin pohon untuk menggerakkan perniagaan anda dan jumlah yang
 diperlukan untuk mencapai matlamat anda.
Tenaga
 pekerja adalah aset penting untuk berjaya. Anda hanya perlu menggaji 
pekerja yang anda fikirkan perlu sahaja. Jika anda tiada mempunyai masa 
untuk menyedia kira-kira syarikat, gajilah seorang akauntan. Dapatkan 
seorang pembantu untuk membuat kerja-kerja pengkeranian. Dengan ini anda
 akan mempunyai lebih masa untuk menumpukan kepada mengembangkan 
perniagaan.
Memulakan
 perniagaan perlu keyakinan dan mengambil masa. Anda perlu pandai 
mengagihkan masa untuk kawan, keluarga dan bergembira. Anda harus pandai
 mengenal batas-batas dunia perniagaan dan dunia peribadi.
Keusahawanan
 bukan untuk orang-orang yang mudah kecewa. Tiada formula azimat. Tetapi
 kepada yang sanggup bekerja kuat dan sanggup mencuba, mimpi anda akan 
menjadi kenyataan.

 
No comments:
Post a Comment