Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) adalah salah satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendedahkan masyarakat di kawasan luar jangkau tentang kemajuan ICT sekaligus menjadi pemangkin kepada peningkatan status sosio-ekonomi dan kualiti masyarakat setempat.
PJK menyediakan prasarana ICT seperti berikut untuk kegunaan komuniti luar bandar;- Komputer
- Mesin pencetak
- Penyalin
- Pengimbas
- Projektor dan skrin layar
- Akses kepada internet.
- Kemudahahan latihan ICT secara percuma
- Perkhidmatan e-services.
Projek PJK di Felda Gunung Bongsu telah diamanahkan oleh SKMM untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh Syarikat Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd.
PJK yang dikendalikan oleh Packet One Network Malaysia Sdn Bhd atau P1 amat unik dari segi teknologi capaian internet. Selaku pengendali teknologi WiMAX pertama di Malaysia, P1 telah turut memperkenalkan teknologi WiMAX di setiap PJK di bawah kendaliannya.
Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd
Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1) pengendali teknologi WiMAX atau Kebolehoperasian Sedunia bagi Capaian Gelombang Mikro yang pertama seumpamanya di Malaysia telah dilantik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengendalikan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di sembilan penempatan Felda di negeri Perak dan Kedah.
Anak syarikat kepada Green Packet Berhad ini mensasarkan agar teknologi WiMAX yang diperkenalkan kepada komuniti luar bandar dapat mengurangkan jurang digital dengan menyediakan akses kepada internet yang universal pada kadar caj yang rendah.
- Felda Behrang
- Felda Gunung Besout 1
- Felda Gunung Besout 2
- Felda Gunung Besout 4
- Felda Gunung Besout 5
- Felda Trolak Utara
- Felda Sungai Klah
- Felda Ijok
- Felda Gunung Bongsu.
Apa Itu PJK???
PJK adalah singkatan dari Pusat Jalur Lebar Komuniti. Ia menyediakan akses internet menggunakan teknologi WiMAX, kelengkapan komputer, dan program-program latihan dan kemahiran ICT untuk masyarakat setempat di samping menjadi agen pelaksanaan bagi program-program meningkatkan kadar literasi ICT di kalangan masyarakat.
PJK terbuka kepada orang ramai. Anda cuma perlu mendaftar sebagai Ahli PJK untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Bagaimana menjadi ahli PJK?
- Borang keahlian boleh didapati di PJK. Hantar borang yang telah diisi lengkap beserta salinan kad pengenalan. Yuran keahlian adalah seperti berikut:PAKEJ INDIVIDURM 10.00 / keahlian sepanjang hayat bagi 18 tahun kebawahPAKEJ KELUARGARM 10.00 / sekeluarga( ibu/bapa mendaftarkan anak-anak berumur 18 tahun ke bawah )Keistimewaan menjadi ahli PJK
- Setiap ahli PJK akan mendapat potongan harga yang berpatutan jika menggunakan perkhidmatan di PJK ini kerana kadar bayaran untuk ahli dan bukan ahli adalah berbeza.
- Dapat menghadiri kelas ICT di PJK secara percuma
kursus ICT