Sunday, 22 July 2012

Expert Workshop- Jahitan Langsir

Kejayaan Program Expert Workshop pada tahun lepas sangat memberangsangkan dan tahun ini Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Gunung Bongsu sekali lagi akan mengadakan program yang sama. Di atas permintaan ramai, tahun ini PJK Felda Gunung Bongsu akan menganjurkan bengkel Jahitan Langsir bersama pakar Pn. Norazlina Ismail Pada 30 May 2012


Poster

Program ini merupakan siri bengkel yang menemukan pakar dalam sesuatu bidang dengan komuniti. Expert workshop telah direka untuk memenuhi hasrat golongan senior untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan pakar yang dibawa khas. 
Kali ini, golongan senior disini memilih Bengkel Jahitan Langsir. Bengkel ini berlangsung selama setengah hari dan melibatkan 30 orang peserta.Bertempat di balai Muafakat Felda Gunung Bongsu. Pakar jemputan PJK adalah Pn Norazlina Ismail. Beliau merupakan Pemilik Naiz Enterprise yang menyediakan perkhidmatan tempahan dan kelas jahitan langsir, jahitan manik, labuci & sulaman serta tempahan dan kelas membuat kek dan coklat.

Proses pendaftaran
Teori

Sambutan yang diberi amatlah menggalakkan daripada peserta. Kursus ini juga banyak menarik minat golongan senior. Peserta juga membawa kain langsir untuk mempelajari cara potongan, cara jahitan dan cara membuat paten. Ada juga peserta yang membawa mesin jahit dari rumah untuk mempelajari cara jahitan yang betul .
Peserta kursus juga boleh menyemak maklumat berkenaan dengan jahitan langsir di laman blog Blogspot Hias-rias@PJK FGB Ini adalah untuk menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dalam aktivti seharian, disamping meningkatkan kadar leterasi ICT di kalangan kuimpulan masyarakat seterusnya merapat dan mengekalkan hubungan antara PJK dan masyarakat setempat. 

Praktikal

Semua peserta belajar dengan penuh kesungguhan
Justeru itu, diharap program ini memberi kesedaran kepada para peserta bahawa internet merupakan sumber pengetahuan dan berupaya mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup para peserta. 


Gambar Kenangan selepas tamat sesi bengkel



No comments:

Post a Comment