Sunday 29 July 2012

Zoom-A

Salam 1 Malaysia semua..

Hari ni ada masa ckit nak update blog..Macam mana dengan puasa?ok tak..harap2 adik2 dapatlah kuatkan iman dan mempelbanyakkan amal ibadah ye..Bulan Ramadan ni, bulan yg penuh keberkatan..gunakan peluang ini untuk mengumpul seberapa banyak pahala..

ok..berbalik kepada topik kita..hehe..arini PJk ingin berkongi dengan satu laman web Pembelajaran Interaktif iaitu Zoom-A..
Boleh layari www.zoom-a.com

Zoom-a adalah salah satu pembelajaran interaktif melui internet..mmg adik2 yg datang ke PJK kami galakkan menggunakan Zoom-a. 

muka utama zoom-a

Program Zoom-a merupakan gedung e-pembelajaran yg eksklusif dan efektif. Ianya terkandung soalan klon peperiksaan tahun-tahun lepas, soalan praktis pengukuhan dan sumber penggayaan pembelajaran terkini..
 Menarik kan?? kadang2 adik2 ni cepat jemu klu baca buku..buat soalan latih tubi dalam buku..so dengan kecanggihan teknologi yg ada sekarang apa kata kita buat soalan scara interaktif plak gna Zoom-A.
Yang bestnya ttg Zoom-a ni,soalan kita bole pilih mengikut aras cth senang, sederhana dan susah..
dah banyak sekolah yg menngunakan Zoom-a ni..termasuklah kami PJK Felda Gunung Bongsu.


boleh pilih mengikut kategori,tahun,subjek dan aras


Kami membuat Tuisyen Zoom-a kepada adik2 yg menduduki UPSR tahun ini..mmg mendapat sambutan bukan sj dari Gunung Bongsu tetapi di kawasan luar dr Gunung Bongsu


Sunday 22 July 2012

Salam Ramadan Al Mubarak

Bulan yang dinantikan oleh setiap umat Islam, Bulan Ramadan yeng penuh keberkatan. Gunakan masa yang ada dengan membanyakkan amal ibadah kita..Pihak PJK Felda Gunung Bongsu mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Berpuasa.semoga puasa dan amal ibadah kita diterima Nya dan lebih baik dari sebelumnya..aminnn..

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2012M/1433H-Bagi Daerah Kulim Bandar Baharu

Bagi penduduk Felda Gunung Bongsu yang ingin dapatkan Jadual buka puasa seperti di atas boleh datang terus ke PJK Felda Gunung Bongsu dan dapatkan jadual secara percuma.



Niat Puasa..
Kepada adik2 tahun ni, cuba puasa penuh tau..kuatkan iman kerana puasa ni dapat mendisplinkan diri kita secara tidak langsung..banyakkan amal ibadah..InsyaAllah..

Jawatan Kosong SPA

Berita Baik Bagi yang mencari kerja sebagai Penjawat Awan.

Dikemaskini Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
265 Kekosongan Jawatan
1. Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41 (60 Kekosongan)
2. Pegawai Kebudayaan Gred 41 (6 kekosongan)
3. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S27 (34 kekosongan)
4. Pembantu Penguasa Kastam Gred  W17 (133 Kekosongan)
5. Ahli Muzik Pelabgai Gred (32 Kekosongan)

Tarikh Tutup Permohonan : 5 Ogos 2012

Maklumat Lanjut Sila Klik : JobMalasia

Iklan SPA Ogs




P/S : Jom la kita sama2 try isi..mana tau ada rezeki..
Daftarlah di: http://www.spa.gov.my/Portal/


Bagi adik2,abang2,kakak2 di Felda Gunung Bongsu, sekiranya perlukan bantuan kami untuk mengisi borang SPA boleh lah datang ke PJK..kami mengalukan kedatangan anda dan bersedia membantu..



Expert Workshop- Jahitan Langsir

Kejayaan Program Expert Workshop pada tahun lepas sangat memberangsangkan dan tahun ini Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Gunung Bongsu sekali lagi akan mengadakan program yang sama. Di atas permintaan ramai, tahun ini PJK Felda Gunung Bongsu akan menganjurkan bengkel Jahitan Langsir bersama pakar Pn. Norazlina Ismail Pada 30 May 2012


Poster

Program ini merupakan siri bengkel yang menemukan pakar dalam sesuatu bidang dengan komuniti. Expert workshop telah direka untuk memenuhi hasrat golongan senior untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan pakar yang dibawa khas. 
Kali ini, golongan senior disini memilih Bengkel Jahitan Langsir. Bengkel ini berlangsung selama setengah hari dan melibatkan 30 orang peserta.Bertempat di balai Muafakat Felda Gunung Bongsu. Pakar jemputan PJK adalah Pn Norazlina Ismail. Beliau merupakan Pemilik Naiz Enterprise yang menyediakan perkhidmatan tempahan dan kelas jahitan langsir, jahitan manik, labuci & sulaman serta tempahan dan kelas membuat kek dan coklat.

Proses pendaftaran
Teori

Sambutan yang diberi amatlah menggalakkan daripada peserta. Kursus ini juga banyak menarik minat golongan senior. Peserta juga membawa kain langsir untuk mempelajari cara potongan, cara jahitan dan cara membuat paten. Ada juga peserta yang membawa mesin jahit dari rumah untuk mempelajari cara jahitan yang betul .
Peserta kursus juga boleh menyemak maklumat berkenaan dengan jahitan langsir di laman blog Blogspot Hias-rias@PJK FGB Ini adalah untuk menggalakkan penggunaan ICT secara efektif dalam aktivti seharian, disamping meningkatkan kadar leterasi ICT di kalangan kuimpulan masyarakat seterusnya merapat dan mengekalkan hubungan antara PJK dan masyarakat setempat. 

Praktikal

Semua peserta belajar dengan penuh kesungguhan
Justeru itu, diharap program ini memberi kesedaran kepada para peserta bahawa internet merupakan sumber pengetahuan dan berupaya mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup para peserta. 


Gambar Kenangan selepas tamat sesi bengkel



Sehari Mengenang Seniman P.Ramlee


Dah lama rasanya tak update blog PJk ni..sangat bz dengan training n tuisyen yg dijalankan di PJK..arini 3 Ramadan nk post byk2 story utk our blog.. the 1st story is about Sehari Mengenang P.Ramlee..
Alkisahnya kami terbaca iklan yg diletakkan di laman web Broadband Utara iaitu Pertandingan Mencipta Video P.Ramlee Pujaanku..kami tgk iklan pun dh last minit..lg 2 ari kot nk due date nya..tp nk try jg..mana tau ada rezeki.so kami pun nk try la jg..puas jg la cri idea..bila dpt idea nk buat lakonan x menjadi..haha..mmg susah nk tiru gya P.Ramlee yg sgt unik tu..So last2 buat karaoke je..pelakonnya,kami amik anak angkat PJk..Di bawah ni sedikit aritikel mengenai hari tersebut. 
Sumber Desaku

Program Sehari Mengenang P.Ramlee telah diadakan pada 22 Mac 2012, sempena tarikh kelahiran seniman agung tersebut. Ianya diadakan di Audotorium P.Ramlee, Kompleks Pustaka Warisan Seni, Pulau Pinang. 


Program ini adalah anjuran bersama Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM). 



Program ini bertujuan untuk memperingati jasa dan sumbangan P.Ramlee dalam bidang nyanyian dan lakonan di samping untuk mendekatkan masyarakat dengan tokoh seniman yang banyak berjasa kepada negara dan mempromosikan Arkib Negara Malaysia sebagai sebuah penyelidikan yang unggul.


Kedua2 penyelia PJK G.Bongsu 1st Time jejak kaki ke Rumah P.ramlee..sgt teruja..


Bergambar untuk kenangan..Tema kami:Merah..
Dalam Dewan..
Gembira bila video kami ditayangkan di Dewan untuk tontonan ramai..



Antara program yang diadakan pada hari tersebut ialahPertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika 4-6 tahun dan Pertandingan Kuiz. Persembahan Kebudayaan juga turut dipersembahkan kepada tetamu. Program ini dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Sr. Muahamd farid Bin Saad (PJK), ADUN Pulau Betong. 



Acara kemuncak program ialah upacara penyampaian hadiah kepada Pemenang Video P.Ramlee Pujaanku@Youtube. Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Gunung Bongsu turut menerima hadiah 3 terbaik antara peserta pertandingan video tersebut.



Inilah Videonya...Jom Nyanyi bersama2..
Video mmg simple sgt sbb 1st time kot wat video..hehe.
Next time buat yg lebih baik..

Thursday 19 January 2012

Sukaneka Bersama PJK Meriah..



Pada 22 Dec 2011 bertempat di perkarangan Dewan Peneroka Felda Gunung Bongsu, satu acara Sukaneka anjuran Pusat jalur Lebar Felda Gunung Bongsu telah diadakan dengan meriahnya. Bertemakan “Syoknyaaa..Cuti Bersama PJK” bersempena cuti sekolah, acara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk Felda Gunung Bongu.
Pertandingan adalah antara blok. Seramai 90 orang peserta yang terdiri dari golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa telah turut serta dalam acara ini. Apa yang menariknya ramai ibu-ibu yang turut serta memeriahkan acara bersama anak-anak mereka. Acara Sukaneka dimulakan seawal 8.00 pagi dengan senaman erobik yang dikelolakan oleh Gabungan Pertubuhan Wanita(GPW) dan seterusnya acara sukaneka,jamuan dan penyampaian hadiah.Antara acara sukaneka yang dijalankan adalah keretapi kami, Kanda adinda, Let’s Fashion, Telur Bungkus, lambungan Kasih, dan Lidi oh Lidi. Juara untuk sukaneka dimenangi oleh Blok 5, tempat kedua Blok 8 dan tempat Ketiga dimenangi Blok 9. 

Walaupun ada blok-blok lain yang tidak menang tetapi semangat kerjasama antara ahli kumpulan sangat menonjol dan semua peserta gembira walaupun letih. Dengan sambutan yang ditunjukkan oleh semua penduduk Felda Gunung Bongsu,jelas menunjukkan silaturahim komuniti bersama PJK Felda Gunung Bongsu semakin erat dan pastinya pihak PJK akan menganjurkan lebih banyak program menarik pada masa mendatang.