Friday, 11 November 2011
Pusat Jalur lebar Komuniti Felda Gunung Bongsu.
Adakah Anda Seorang USAHAWAN???
Walaupun
keusahawanan bukan untuk semua insan, tetapi anda mungkin memilih
bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya, memulakan sebuah perniagaan
dan seterusnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Willian
E. Jennings, (“A Profile of the Entrepreneur”) telah menjalankan kajian
mengenai sikap yang berkaitan dengan usahawan yang menyenaraikan
sifat-sifat penting yang dimiliki oleh usahawan iaitu:
-
Sabar
-
Sanggup menghadapi cabaran
-
Sedia bersaing
-
Berdikari
-
Kesungguhan untuk mencapai matlamat
-
Yakin pada diri sendiri
-
Sihat
Usahawan
hari ini lebih menyeronokkan, khususnya untuk orang-orang yang inginkan
pertandingan dan pencapaian berbanding dengan wang dan kuasa.
Adakah anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan? Tanya diri anda soalan-soalan berikut:
-
Adakah anda sanggup bekerja keras dan sacrifice untuk mempastikan perniagaan yang anda bangunkan berjaya?
-
Adakah anda sanggup bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan dan tanggungjawab berkaitan dengan urusan perniagaan?
-
Adakah anda berfikiran terbuka, berdisiplin dan komited terhadap keusahawanan?
-
Adakah anda bersedia menjadi pekerja “multi-roles” iaitu anda adalah pekerja dan anda juga adalah ketua dalam organisasi anda?
Bagaimana Memulakannya
Pertama
anda harus mempunyai idea atau bidang yang akan anda ceburi. Kumpulkan
sebanyak mungkin maklumat berhubung dengan idea anda itu. Jalankan
penyelidikan berkaitan perkhidmatan, produk atau industri yang
berkenaan, cara menghasilkan produk, persaingan dan halangan yang
mungkin timbul. Dapatkan nasihat dari usahawan yang telah menceburi
bidang tersebut. Baca jurnal, majalah, buku dan penerbitan berkaitan.
Hadiri perjumpaan dengan persatuan atau pelanggan industri tersebut.
Anda harus memiliki maklumat terkini dengan bidang yang dipilih ini.
Sediakan
pelan perniagaan yang lengkap. Sediakan matlamat untuk perniagaan anda
tersebut. Pelan perniagaan yang baik membolehkan anda memberi fokus
dalam membangun kejayaan.
Mulakan
jalinan hubungan atau “networking” sebaik sahaja anda memulakan
perniagaan. Jadilah ahli dalam persatuan professional. Ingat, jalinan
hubungan yang berkesan akan membentuk persahabatan yang akan memberi
faedah kepada kedua-dua pihak.
Pelajarilah
cara mendapatkan pembiayaan – dari kawan, keluarga, pinjaman bank, atau
dana-dana Kerajaan. Anda harus mengetahui jumlah yang anda ada, jumlah
yang anda ingin pohon untuk menggerakkan perniagaan anda dan jumlah yang
diperlukan untuk mencapai matlamat anda.
Tenaga
pekerja adalah aset penting untuk berjaya. Anda hanya perlu menggaji
pekerja yang anda fikirkan perlu sahaja. Jika anda tiada mempunyai masa
untuk menyedia kira-kira syarikat, gajilah seorang akauntan. Dapatkan
seorang pembantu untuk membuat kerja-kerja pengkeranian. Dengan ini anda
akan mempunyai lebih masa untuk menumpukan kepada mengembangkan
perniagaan.
Memulakan
perniagaan perlu keyakinan dan mengambil masa. Anda perlu pandai
mengagihkan masa untuk kawan, keluarga dan bergembira. Anda harus pandai
mengenal batas-batas dunia perniagaan dan dunia peribadi.
Keusahawanan
bukan untuk orang-orang yang mudah kecewa. Tiada formula azimat. Tetapi
kepada yang sanggup bekerja kuat dan sanggup mencuba, mimpi anda akan
menjadi kenyataan.
Cuti Sekolah
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Manfaat kan Cuti Sekolah anda dengan perkara-perkara yang berfaedah..
Jom ramai-ramai ke PJK anda kerana pelbagai Program akan Disediakan sempena Cuti sekolah ini..
Selamat Menghadapi Peperiksaan Kepada Adik-adik yang menduduki SPM..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Good Luck kepada adik-adik yang menduduki SPM pada tahun ini, buat yang TERBAIK semasa Peperiksaan Nanti..
Sunday, 30 October 2011
http dan https ... Apa BezaNYA ????
http ( Hyper Transport Protocol ) adalah salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien ( web browser di komputer )
Hanya huruf S sahaja membezakan HTTP dan HTTPS .. S adalah singkatan daripada SECURE . jika anda mengunjungi laman web, lihatlah alamat di web browser,
http:// - ini bermakna website ini menggunakan pelayar biasa dan tidak selamat , ada kemungkinan ada seseorang mungkin dapat melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut. Jadi, anda tidak digalakkan untuk TIDAK memasukkan nombor kad kredit dan segala maklumat peribadi anda di laman tersebut.
https:// - ini bermakna pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman kod yang selamat dan tiada sesiapa dapat melihat maklumat yang anda masukkan di halaman itu.
perhatian:
jika sebuah laman web meminta anda memasukkan no kredit kad anda, ataupun segala maklumat rahsia anda, periksa dahulu samaada alamat web tersebut dan PASTIKAN ianya bermula dengan https://
SENTIASA INGAT BAHAWA SEGALA MAKLUMAT ANDA ADALAH RAHSIA..
Subscribe to:
Posts (Atom)